Posted by BELIA FELDA PALONG 9

Salam Perkhabaran Buat Sahabat-Sahabat.

Minggu lepas telah diadakan mesyuarat khas AJK bersama Timbalan Pengarah SERANTA N.9, En. Jamaluddin Bin Wahab. Tujuan AJK dipanggil bermesyuarat adalah untuk bersama menentukan hala tuju Belia Felda Palong 9 serta mengembleng tenaga memajukan lagi Belia dan Masyarakat di Felda Palong 9.

Maka, kita mahu tunjukkan bahawa Felda Palong 9 ini sebenarnya mempunyai keistimewaan tersendiri dan sebenarnya mempunyai Belia-belia yang berwawasan dan semakin maju.
Fokus utama kita adalah untuk merebut tempat dalam Anugerah Iktiraf yang di adakan setiap tahun dengan hadiah utama bernilai RM 30 000. Namun begitu diingatkan bukanlah wang ringgit yag kita cari. Cuma yang penting, usaha kita untuk memajukan masyarakat di Felda Palong 9.
Dalam mencapai matlamat itulah, kita telah memanggil En Jamaluddin Bin Wahab, selaku Penolong Pengarah SERANTA, kerana beliau seorang yang sangat arif tentang kategori anugerah yang dipertandingkan.
Jika dilihat secara kasar, Belia Felda Palong 9 sangat berpotensi merebut kejuaraan tersebut, memandangkan ramai belia-belia di sini yang mempunyai perusahaan sendiri, yang boleh di ketengahkan. Ingin di tekankan disini, bahawa, amatlah sayang sekali seandainya belia Felda Palong 9 melepaskan peluang ini, kerana hadiah utamanya adalah wang tunai sebanyak RM 7000.00, dan dijangka jumlah ini akan di tambah pada tahun 2010 ini kepada RM 15 000.00, menurut kata Tuan Timbalah Pengarah SERANTA. Hadiah wang tunai itu, keseluruhannya akan diberikan 100% kepada belia yang memenangi Anugerah Iktiraf tersebut, dan ianya dalah hadiah individu. Maka sudah pasti belia yang menang dapat menggunakannya sebagai modal tambahan untuk membesarkan lagi perniagaan mereka.

Kita sendiri nampak bahawa pelbagai perusahaan dan perniagaan dijalankan di sini. Antaranya Pembenihan ikan, Penternakan Ikan, Nangka Madu, Jambu Batu, Bengkel Kereta, Motosikal, Kedai Komputer, Kedai Kek, kedai runcit, restoran, dan bermacam-macam lagi. Ini semua perlulah kita integrasikan secara bersepadu demi melihat nama Felda Palong 9 tercatat dalam sejarah.
Oleh itu semua belia-belia diseru, agar bersama-sama membantu saudara Pengerusi Majllis Persatuan Belia (MBFM) Cikgu Faizal, agar segala persediaan dapat diatur dan diperkemaskan.
Semoga Belia Felda Palong 9 terus mencapai kegemilangan.
Salam 1 belia, 1 Malaysia.
Wassalam

This entry was posted on 6:30 PM and is filed under , , , , , , , . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments