KEAHLIAN BARU  

Posted by BELIA FELDA PALONG 9

PIHAK PERSATUAN TELAH MEMBUKA PENDAFTARAN KEPADA AHLI BARU. BORANG-BORANG TELAH DIEDARKAN DIRUMAH-RUMAH. HARAP RAKAN-RAKAN DAPAT MENGISINYA.

BAGI RAKAN-RAKAN YANG BERADA DI LUAR KAWASAN FELDA PALONG 9, JANGAN BIMBANG, KAMI ADA MENYEDIAKAN BORANG PENDAFTARAN SECARA ONLINE. ANDA BOLEH KLIK DI SINI

MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) MENYOKONG PENUH PEMBENTUKAN JAWATANKUASA KABINET PEMBANGUNAN BELIA (JKPB)  

Posted by BELIA FELDA PALONG 9

KENYATAAN AKHBAR

SDR. MOHD ZAIDI AZIZ
SETIAUSAHA AGUNG MAJLIS BELIA MALAYSIA

MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) MENYOKONG PENUH PEMBENTUKAN JAWATANKUASA KABINET PEMBANGUNAN BELIA (JKPB)

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyokong penuh pembentukan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) yang dipengerusikan YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dianggotai 12 kementerian yang berkaitan seperti diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini.

MBM mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana MBM telah lama mencadangkan kewujudan jawatankuasa ini melalui perbincangan bersama Kementerian, Mesyuarat Dewan Tertinggi dan Majlis Perundingan Belia Negara. Lebih dari itu, keputusan mewujudkan jawatankuasa ini juga menampakkan keprihatinan dan kesungguhan kerajaan terhadap golongan belia dan pembangunan belia yang berjumlah 11.4 juta.

MBM melihat pembentukkan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia tepat pada masanya selaras dengan pelaksanaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 serta mampu memainkan peranan penting bagi menyelaras dan memperkemas sistem penyampaian program pembangunan belia sedia ada.
MBM berpendapat isu berkaitan pembangunan belia perlu dikongsi secara bersama di antara agensi-agensi berkaitan belia dengan kementerian. Jawatankuasa ini juga boleh merancakkan lagi program-program pembangunan belia antara agensi-kementerian berkenaan secara tersusun dan efektif.

MBM sebagai badan induk pertubuhan belia di negara ini sedia bersama kerajaan dan bekerjasama dengan Jawatankuasa ini bagi memastikan agenda pembangunan generasi muda sebagai pewaris negara yang memainkan peranan penting dalam meneruskan kesinambungan dan hala tuju negara ke tahap yang lebih cemerlang.

MBM juga berharap lebih banyak pihak tampil mengemukakan pandangan dan cadangan bagi menjayakan Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia yang baru ditubuhkan ini yang memberi manfaat kepada golongan belia seterusnya memberi impak yang positif kepada pembangunan negara seluruhnya.

Sekian, terima kasih.

MOHD ZAIDI AZIZ
Setiausaha Agung
Majlis Belia Malaysia