WARISAN PERMATA YANG HILANG  

Posted by BELIA FELDA PALONG 9

Kalau dulu apabila diadakan kenduri kahwin, semua warigh-warigh akan berkumpul yang dinamakan "berkampung ataupun kayu berakar".Maka dengan itu segala perancangan dibincangkan secara terperinci dan tugas-tugas kerja mula diagihkan.Bermula dengan mencari buloh untuk mendirikan khemah serta menebang pokok kelapa untuk dijadikan pangkin tempat duduk sehinggalah berjaga malam melapah daging untuk dimasak.
Setiap warigh-warigh yang datang akan membawa beberapa bahan seperti kelapa,kuih-muih dan sebagainya untuk disedekahkan kepada tuan rumah bagi menyerikan lagi majlis yang akan diadakan.Beberapa anak-anak muda pula ditugaskan untuk menjadi penanggah iaitu penyaji makanan bagi menyediakan makanan kepada tetamu yang hadir.Selalunya mereka-mereka ini dibekalkan dengan sekotak rokok sebagai imbuhan kepada tugas yang dilakukan. Majlis kenduri pula akan diserikan dengan bacaan Berzanji dan Marhaban serta diselangi pula dengan tahlil.
Ada juga di antara beberapa warigh yang berkemampuan akan memanggil kugiran anak-anak kampung untuk mempersembahkan beberapa lagu. Adakalanya ia bermula dari malam berinai dan anak-anak muda akan datang untuk berjoget lambak sebagai menyerikan lagi majlis kedua mempelai.Di akhir majlis perkahwinan pula, semua penanggah (pekerja) akan dibekalkan dengan nasi dan lauk-pauk sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan mereka bekerja.

Namun apakah tradisi ini masih kekal hingga sekarang?Jawapannya tidak?Ini kerana warigh-warigh kini lebih selesa dengan menggunakan khidmat "catering" untuk meyediakan makanan kepada tetamu yang hadir.Tetamu pula akan mengambil makanan dengan cara "buffet" dan bukan lagi dengan cara dihidangkan.Warigh-warigh yang datang hanyalah berlenggang tangan dengan berbekalkan sepucuk "angpow" untuk diberikan kepada tuan rumah.Tidak ada majlis gotong-royong kerana warigh-warigh hanya dimaklumkan melalui kad jemputan.Hiburan seperti joget lambak telah ditukar kepada acara karaoke.Malah ada juga yang menggunakan alat pita rakaman untuk membunyikan paluan kompang.Yang lebih malang ialah pemberian bunga telur telah ditukar kepada pemberian kek,sabun,tuala dan berbagai-bagai lagi mengikut kreativiti tuan rumah.Akibat dari cara beginilah maka hubungan silaturrahim itu tidak lagi kukuh seperti dahulu.Pertemuan di antara warigh-warigh hanya mengambil masa beberapa detik sahaja iaitu sewaktu bertemu pada hari berlangsungnya majlis bersanding.Alangkah baiknya jika tradisi dahulu dikekalkan demi menyatukan semua warigh-warigh agar mereka diberi lebih masa lagi untuk berbual panjang

This entry was posted on 10:42 AM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

1 comments

Sy tertarik dengan kenyataan tentang pemberian bunga telur yang telah ditukar kepada benda2 lain spt tuala,kek sabub atau sebagainya.Sebenarnya masyarakat memandang rendah tentang hal pemberian tersebut.Pemberian bunga telur itu sebenarnya membawa satu mesej yang simbolik.Kenapa telur??jawapan nya adalah kerana telur membawa makna kepada benih.Telur diberi kepada tetamu yg hadir membawa maksud semoga pasangan yg berkahwin akan mempunyai keturunan sendiri diatas ikatan sesuatu perkahwinan itu.